Khidmat Munsyi Dewan

Jika anda memerlukan khidmat kebahasaan, hubungilah Munsyi Dewan yang sedia membantu anda. Sila klik pada Direktori Munsyi DBP -> Klik mengikut negeri.

  • Menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu.
  • Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
  • Membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti bahasa
  • Menjadi pembimbing pelajar dan guru di sekolah, pengguna bahasa lain di daerah dan kawasan masing-masing dalam hal kebahasaan.
Posted in perkhidmatan | Comments Off on Khidmat Munsyi Dewan

Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan Jawi Siri 1

KUANTAN. 16 Jun 2014, bersamaan 18 Syaaban 1435H – Memperkasa dan memartabatkan tulisan Jawi khususnya dikalangan kakitangan bagi melahirkan pakar rujuk Jawi, justeru itu Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) dengan kerjasama Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan Jawi Siri 1 bertempat di Hotel MS Garden bermula pada 16 Jun sehingga 18 Jun 2014.
bengkel_jawi2_new_new

 Bengkel yang berlangsung selama 3 hari melibatkan seramai 50 orang peserta terdiri daripada kakitangan Majlis dan KIPSAS. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan berkenaan memahami pelbagai aspek tulisan Jawi dalam bentuk teori dan praktikal dengan dijalankan ujian pada setiap akhir sesi pembelajaran bagi memastikan para peserta memahami pembelajaran yang telah disampaikan. Bengkel kendalian oleh Tuan Haji Azman bin Ahmad yang merupakan Pegawai Perancang Bahasa, DBP serta pakar dalam bidang tulisan Jawi telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis, YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan, turut serta Presiden KIPSAS, YH Dato’ Haji Yahya bin Zainal Abidin dan Setiausaha Majlis, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain. YDH Dato’ Sri TYDP Majlis yang juga merupakan Pengerusi bagi Persatuan Jawi dan Seni Khat Pahang turut menghadiri sesi pembelajaran tulisan Jawi sepanjang bengkel tersebut berlangsung. Manakala, pada hari terakhir sesi bengkel, majlis penutupan berlangsung dengan penyerahan sijil kehadiran peserta, pemberian hadiah kepada 5 orang peserta yang mencatat markah terkumpul tertinggi dalam setiap ujian yang dijalankan serta penyampaian cenderahati penghargaan kepada penceramah bengkel. Bengkel lanjutan bagi siri 2 dan 3 dijangka akan diadakan pada bulan September dan November akan datang.

~(Sumber dari : Laman Web Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat resam Melayu Pahang)

Posted in bengkel | Comments Off on Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan Jawi Siri 1

Bengkel Pemurnian Modul Munsyi Dewan 2013

Bengkel Pemurnian Modul Munsyi Dewan telah diadakan pada 1 -2 Februari 2013 di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

munnna
Para peserta  bergambar kenangan dengan YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
[ Gambar ehsan: Encik Lai Loon Guan – Munsyi Dewan (Bahasa)]

Posted in bengkel | Comments Off on Bengkel Pemurnian Modul Munsyi Dewan 2013

Muzakarah Munsyi Dewan 2012

Muzakarah Munsyi Dewan telah diadakan di Institut Aminudin Baki, Genting Highland dari 28 November hingga 1 Disember 2009. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Profesor Dr. Haji Awang bin Sariyan merasmikan muzakarah itu. Selepas menyampaikan ucap utama, beliau menerima Anugerah Wira Cendekia Bahasa. Wakil Munsyi Dewan mengalungkan selempang Wira Cendekia Bahasa kepada beliau dan menyampaikan cenderamata senaskhah mashaf al-Quran beserta terjemahan dan catatan tajwid dan sepersalinan pakaian kebangsaan yang lengkap dengan kain songket.

Profesor Dr. Haji Awang mengulas pemberian anugerah itu dalam buku wajahnya. Beliau menulis, “Semoga kesatuan fikiran dan kesatuan tindakan kita dalam jemaah Munsyi Dewan dapat menjadi landasan perjuangan kita untuk mengangkat maruah dan martabat bahasa sebagai tunjang tamadun.”

Dalam muzakarah itu beberapa kertas kerja dibentangkan termasuk daripada tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Abdul Karim, Profesor Dr. Teo Kok Seong dan Profesor Dr. Nor Hasimah Jalaluddin. Turut membentangkan kertas kerja ialah Encik Mohamad bin Musip, Encik Loon Guan, Tuan Haji Azdman bin Talib dan Puan Noar Aziah Ahmad Ghazali. Kegiatan ceramah dan forum diadakan juga dalam muzakarah itu.

Dalam pembentangannya yang bertajuk “Bahasa Melayu dalam Transformasi Pendidikan dan Peperiksaan di Malaysia”, Tuan Haji Azdman mengatakan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia terus menggunakan istilah “bahasa Melayu”.

Dalam kertas kerja yang bertajuk “Isu Penggunaan Bahasa di Ruang Maya: Tugas Munsyi Dewan dalam Memenuhi Tuntutan dan Tuntunan Budaya Berbahasa Betul”, Encik Mohamad bin Musip menyarankan supaya Munsyi Dewan atau pendidik bahasa melaksanakan tuntutan kepada diri sendiri dan membimbing khalayak maya ke arah penggunaan bahasa yang betul di ruang maya seperti blog dan laman sosial.

Dalam buku wajahnya, Encik Mohamad menulis, “Selama ini, banyak pihak mempertahankan hujah bahawa bahasa di ruang maya perlu santai. Bagi saya, santai bermaksud bersederhana, tetapi usah sampai mengorbankan nilai betul dan indah yang ada pada bahasa Melayu. Ertinya, walaupun santai, nahunya perlu dijaga. Janganlah bahasa diremehkan semata-mata mencapai maksud komunikasi.”

Muzakarah itu juga memilih penggerak Persatuan Munsyi Dewan Malaysia. Munsyi Dewan zon utara, Tuan Haji Zainuddin Saidin terpilih sebagai pengerusi dan Munsyi Dewan zon tengah, Puan Noraziah Ahmad Ghazali sebagai naib pengerusi. Encik Mohamad bin Musip dari zon selatan terpilih sebagai setiausaha dan Puan Shamsul Mardiyyah Bahrum dari zon tengah terpilih sebagai naib setiausaha. Jawatan bendahari disandang oleh, Encik Abdul Ghalib bin Yunus. Turut dipilih ialah 12 orang ahli jawatankuasa biasa dan dua orang pemeriksa kira-kira.

Posted in muzakarah | Comments Off on Muzakarah Munsyi Dewan 2012

Konvensyen Munsyi Dewan IV 2008

Konvensyen Munsyi Dewan IV  telah diadakan di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur mulai 18 hingga 21 April 2008, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Pentauliahan Munsyi Dewan Fasa IV disempurnakan oleh Pengarah Bahagian, Kemeterian Pelajaran, Zulkifli Wazir.

munsyidbp
Tuan Haji  Zulkifli Wazir menyampaikan Anugerah Khas Munsyi kepada Puan Lee Sai Fa sambil diperhati oleh Ketua Pengarah DBP Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Encik Othman Ismail.

fort1

fort7

fort8

 

Posted in konvensyen | Comments Off on Konvensyen Munsyi Dewan IV 2008

Konvensyen Munsyi Dewan III 2004

Konvensyen Munsyi Dewan III telah diadakan pada 15 – 18 Mac 2004 di Hotel Berjaya Time Square, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

kon2004

Posted in konvensyen | Comments Off on Konvensyen Munsyi Dewan III 2004

Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera)

Pakar Rujuk Sastera

PENTAULIAHAN kepada 21 orang pengarang mapan tanah air yang diangkat sebagai Munsyi Dewan (Sastera) adalah antara usaha Dewan  Bahasa  dan Pustaka (DBP) untuk membina kumpulan pakar rujuk yang akan membimbing  pelajar sekolah, institusi  pengajian tinggi (IPT) dan umum. Mereka juga akan diberikan  tanggungjawab mengendalikan kursus  genre kesusasteraan tradisional dan moden, selain turut bertanggungjawab menulis makalah yang berkaitan sastera untuk dibentangkan pada acara peringkat negeri, kebangsaan mahupun di luar negara.

Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan, berkata, pelantikan Munsyi Dewan (Sastera) itu bukan sekadar atas dasar bakat  dalam  penulisan, tetapi keterampilan dan  kewibawaan  tokoh dalam  menyampaikan maklumat, selain mampu menjaga nama baik DBP.

“Watikah yang diberikan itu bukan untuk berbangga, tetapi  amanah besar yang perlu dipikul mereka demi kepentingan bahasa dan persuratan Melayu serta kepentingan negara. DBP tidak teragak-agak untuk menarik balik pentauliahan sekiranya Munsyi Dewan (Sastera) tidak aktif membantu khususnya dalam kegiatan anjuran DBP,” katanya ketika menutup Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program Munsyi Dewan yang diadakan sejak tahun 1995 sehingga kini sudah  mengiktiraf 233 orang penerima dalam bidang bahasa dan sastera dan majlis pentauliahan itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Munsyi Dewan turut menjadi  duta  DBP, terutama dalam memperkembangkan sastera dalam media massa termasuk televisyen dan radio, bagi menyampaikan maklumat dan isu semasa dalam dunia sastera,  menyumbangkan ilmu dalam majalah terbitan DBP seperti Dewan Sastera, selain membantu DBP dalam projek khas, termasuk penerbitan berpakej.

Munsyi  Dewan  akan menerima bayaran kepakaran ketika menghadiri aktiviti  yang diadakan di luar kawasan bermastautin, diberikan pertimbangan untuk menghadiri acara sastera anjuran DBP secara percuma, dan mernbeli buku DBP pada potongan harga 20 peratus di kedai buku DBP pusat, cawangan dan wilayah.

Dua puluh satu orang pengarang mapan yang mendapat watikah dari pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak dengan kepakaran  berbeza terrnasuk cerpen, novel, puisi dan  kritikan, ialah Shapiai  Mohd Ramly, Ramli  Selamat ( Marsli  NO), Ahmad Shukri Abdullah, Muhammad Lutfi Ishak, Jasni Mat Lani, Ja’afar Hamdan, Dr Mohamad Saleeh Rahamad,  Mohd Ali Salim, Mohd Puzi Hadi, Rahimidin Zahari, Nazri Hussein, Alias Ismail, Kamal Ishak, Mohamad Hanifah  BK Koya Moideen, Azmah Nordin, Prof. Madya Dr. Rahimah A Hamid, Filzah Ibrahim, Rozninah Abd Azib, Nisah Haron, Maizura Mohd Ederis dan Siti Jasmina Ibrahim.

Azmah  ketika  ditemui Sastera BH mengaku tidak sabar-sabar untuk memulakan tugas sebagai Munsyi Dewan (Sastera) dan bersedia untuk turun padang dalam kegiatan sastera anjuran DBP, ditugaskan membimbing genre novel dan  cerpen, terutamanya membantu kegiatan DBP di sekitar Sabah serta menjelajah n.egeri lain, jika ada permintaan.

“Pembabitan dalam Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera) dan ditauliahkan adalah suatu pencapaian; sesuatu yang tidak pernah saya impikan dan berharap dapat membantu masyarakat khususnya mencurahkan ilmu kepada penulis muda,” katanya.

Presiden,Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohammad Saleeh, berkata, kehadiran Munsyi Dewan (Sastera) membolehkan pelbagai program mengembangkan sastera dalam masyarakat dapat dilakukan secara lebih terancang, apatah lagi DBP berjaya mengumpulkan penulis dalam pelbagai genre sastera.

“Kebanyakan daripada kami yang dilantik sebagai Munsyi Dewan (Sastera) sudah lama terbabit  dalam  membimbing calon penulis sama ada dalam bengkel sastera anjuran DBP atau persatuan penulis dan badan lain. Pentauliahan ini memerlukan kami mematuhi gerak kerja DBP.

“Saya berpesan kepada diri sendiri dan penerima lain agar tidak mensia-siakan pengiktirafan yang diberikan dan memanfaatkan kepercayaan untuk membantu anak bangsa memartabatkan bahasa dan sasterase hingga ke akar umbi,” katanya.

Penyair yang juga peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 1987, Rahimidin yang menerima pengiktirafan Munsyi Dewan

(Sastera) selepas 26 tahun  penyertaan dalam  MPR, berkata,  beliau akan mencurahkan ilmu dan pengalamannya untuk membantu DBP mencapai matlamat menyemarakkan sastera tanah air.

“Saya akan cuba sedaya upaya menjadi pakar rujuk kepada golongan sasaran DBP, malahan kepelbagaian genre yang saya kuasai, iaitu  puisi, novel, cerpen,  teater, kritikan dan sastera lisan seperti wayang kulit, akan dicurahkan sepenuhnya nanti,” katanya yang pernah berceramah di Jerman dan Korea.

Penyair veteran Kedah, Mohd Puzi berharap pelantikannya dapat memberikannya peluang untuk bergerak cergas dalam pelbagai kegiatan bahasa, terutamanya di zon utara kerana hanya dua orang yang menerima pentauliahan itu, iaitu beliau dan Pensyarah Kesusasteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Rahimah Abd Hamid.

“Saya berharap dapat membantu DBP Wilayah Utara dalam pelbagai kegiatan yang akan direncanakan. Besar harapan saya agar bidang kritikan dan teori sastera yang lesu ketika ini dapat dikembangkan semula oleh semua Munsyi Dewan (Sastera) yang dilantik,” ujarnya.

Setiausaha Dua, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Nisah Haron pula berkata, pentauliahan berkenaan bukan sahaja penghargaan kepada penulis yang dipilih, malah menutup mulut sesetengah pihak yang meragui kewibawaan mereka sebelum ini.

“Adakalanya ketika dijemput untuk bercakap dalam pelbagai kegiatan sastera, kedengaran suara sumbang yang mempersoalkan kredibiliti kami untuk mengulas mengenai isu atau karya sastera. Bagi saya pentauliahan ini dapat mengelakkan perkara ini terus berlaku dan membuktikan kewibawaan penulis seperti kami,” jelasnya.

Nisah berharap semua Munsyi Dewan (Sastera) yang dilantik berusaha sedaya mungkin untuk melatih bakat baru dalam bidang  penulisan dengan kemungkinan suatu hari nanti mereka dapat memastikan kelangsungan arena sastera secara keseluruhan.

Dipetik dari Berita Harian 22 April 2013

Posted in bengkel | Comments Off on Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera)

Kursus Induksi munsyi Dewan (Jawi)

Kursus Induksi munsyi Dewan (Jawi) telah diadakan pada 6 – 8 Ogos 2010 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu DBP memperkembangkan dan memperkasakan tulisan Jawi. Seramai 40 peserta terpilih dari seluruh negara. Terdiri daripada pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Buku Teks, Institut Perguruan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah-sekolah satu Malaysia.
Wakil Negeri Sembilan seramai 5 orang :
1. Tn. Hj. Razali b Lajis (Guru Cemerlang, SK Rokan, Gemencheh).
2. Ust. Abdul talib b Pilus (SK Inas, Johol).
3. Ustzh. Zaini bt Jidin (SJKC Kampung Baru Paroi, Seremban).
4. Ustzh. Siti Zaitun bt Ali Akhbar (SK Rahang, Seremban).
5. Ust. Mohamad Sahrin b. Kadmo. Read

Posted in Uncategorized | Comments Off on Kursus Induksi munsyi Dewan (Jawi)

Konvensyen Munsyi Dewan II

Konvensyen Munsyi Dewan II telah diadakan pada  20 -23 Mac 2002 di: Hotel Park Royal , Kuala Lumpur. Sebanyak 12 buah kertas kerja telah dibentangkan oleh munsyi Dewan.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Konvensyen Munsyi Dewan II